Berita Pemindahan Pemain FC Barcelona (Pra Musim 2013/14)

1

1

 

Sebulan sudah berlalu sejak musim pemindahan pemain bermula, namun Barca nampak masih ketinggalam dalam “transfer window” kali ini.  Sehingga kini, hanya Neymar menjadi penambahan dalam skuad manakala Villa da Abidal pula keluar menerus karier masing-masing di kelab lain. Di bahagian pertahanan , masih tiada berita gembira.

 

Thiago Alcantara

Menurut beberapa sumber (Daily Sport , Guardian , ESPN) , Thiago semakin hampir ke Manchester , dan pemindahan akan disahkan sebelum tamat minggu ini. Barca dan Manchester United dikhabarkan telah mencapai persetujuan dengan nilai perpindahan sebanyak 17 Juta Euro,  dengan nilai variasi sehingga 3 juta Euro. Cuma yang tinggal adalah rundingan  bersama pemain.

Namun Mazinho, Ayah kepada Thiago, berkata beliau tidak tahu menahu tentang persetujuan sebegini. Barca telah bersetuju untuk meggandakan gaji Thiago , tapi peluang bermain menjadi aspek utama dalam keputusan Thiago.

Bojan Krikic

Bojan kembali ke Barca setelah dipinjam setahun ke AC Milan. Dengan ketibaan Balotelli di AC Milan dan Neymar di Barca , terbukti peluang bermain Neymar semakin tipis di kedua-dua kelab. AC Milan masih ingin menyambung pinjaman tapi dengan kadar jauh lebih rendah dari apa yang Barca harapkan.

Desas desus terbaru timbul bahawa Ajax dan Barca sedang berunding tentang pemindahan atau peminjaman pemain ke kelab itu.  Cuenca masih dalam pinjaman ke Ajax , namun kecederaan menyebabkannya direhatkan selama 4 bulan. Ajax adalah juara liga Belanda musim lepas dan akan bermain di Champions League musim depan. Gandingan  jurulatih Frank de Boer dan Bojan diharapkan dapat membantu karier Bojan.

Marquinhos

Hi-res-157349160_crop_650

Pertahanan muda AS Roma ini dikhabarkan telah menarik minat Barca untuk musim depan . Sumber mengatakan Barca telah menawarkan 32 juta untuk Marquinhos. AS Roma membelinya musim lepas dengan harga hanya 5 juta Euro. PSG juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Marquinhos.

Ini kemungkinan juga taktik Barca untuk memanipulasikan rundingan bersama Thiago Silva dan mendapatkannya dengan harga lebih murah.

Thiago Silva

Hi-res-172058075_crop_650

Setakat ini, Thiago Silva adalah pilihan paling sesuai untuk mengganti Puyol di pertahan Barca. Menurut Marca, Thiago Silva telahpun memberitahu kenalan terdekatnya bahawa beliau ingin meninggalkan PSG dan ke Barca  musim depan.

Namun begitu pemain berusia 28 tahun ini pasti akan dijual dengan nilai yang sangat tinggi, kemungkinan lebih tinggi dari nilai yang dibayar oleh PSG  untuk medapatkannya musim lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>