FC Barcelona Julang Piala Spanish Super Cup

2013-08-28_BARCELONA-ATLETICO_26.v1377733746

FC Barcelona memenangi piala Spanish Super Cup dengan kelebihan jaringan di tempat lawan pada perlawanan pertama di Vicente Calderon lalu. Mengikat tuan rumah dengan jaringan 1-1, maka perlawanan timbal balik ini hanya memerlukan 0-0 bagi memastikan FC Barcelona berjaya menjulang piala musim baru ini. Perlawanan ini juga bermakna Tata Martino dan Neymar mendapat kejuaraan sulung di kelab baru mereka. Walaupun tanpa sebarang jaringan, corak permainan tetap kekal hebat dengan Blaugrana sedaya upaya cuba untuk merobohkan tembok pertahanan Atletico Madrid,

Dua tindakan cemerlang menyelamatkan gawang oleh Valdes berjaya menebus kehampaan setelah tendangan penalti oleh Messi berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Atletico , walaupun Atletico hanya bermain 10 orang setelah Filipe Luis diperintahkan keluar padang kerana menyiku Dani Alves.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>